Friday, September 03, 2010

Sad, frust, grrrr version 2

Ok, hari tu mama janji nak bgtau lepas 24 August kan amenda n knp mama meluahkan perasaan mama hari tu kan.. begini ceritanya.. once upon a time, ada sorang customer mama ni telah menghantar baju untuk dry clean ke kedai mama, nak jadi cerita baju tersebut telah hilang ghaib entah ke mana.. org yg buat dry clean mama (mama x buat sendiri, tak mampu nak beli mesinnya..) pun kata x terima baju budak ni.. staf-staf mama semua tak mengaku.. mama pun suspect ex staff mama yang resign just after the baju hilang.. n before that, she act macam serba tak kena.. tp dah dia x ngaku nak buat mcm mana. Nak potong gaji diarg tak sampai hati pulak..(cuba kau keja dgn ****, ha.. tengok mcmn ko dipicitnya..).

So setelah lebih sebulan mencari, tuan punya baju pun teramat marahnya..sebab baju tu baju tunang dia dan meminta papa mengganti.. papa minta tunjuk resit.. then papa telah mengganti sebanyak rm200 (lebih separuh apa..) sebab dia tunjuk resit RM370 (tak tahulah betul ke idak), walaupun duit dry clean tu belum dia bayar lagi n kat kedai mama ada tulis kalau hilang or rosak kamek akan ganti 10x harga yang dicaj sahaja.. yang pasti amaun yang dibayar adalah melebihi dari 10x itu... hmmm..

Tuan punya baju itu tidak puas hati dan telah membuat aduan tribunal.. dan 24hb itu adalah hearing nya.. cakap punya cakap punya cakap.. last last hakim kata tambah lagi rm100.. papa malas nak argue lagi.. papa pun setuju.. walaupun papa kata baju tu hendak disewakan.. (sebab dia ni kata pada staff mama masa marah2 hari tu, siap cakap dah rugi RM150 setiap kali sewa), dan kalau ikutkan tribunal pengguna tidak akan melayan tukang dakwa yang berniaga tapi sebab dia itu tidak mengaku dan papa pun malas nak berckp-ckp lagi, tengah puasa plak tu n dah nama pun tribunal pengguna, mcmana pun pengguna lah yang akan menangkan.. so setujulah bayar.. itupun dia itu tidak puashati sbb nak suruh bayar full.

Apa mama rasa? Mama rasa tak mahu lagi ambil dryclean lagi.. sebab dah lah marginnya sangat rendah.. kekadang lima henggit pun x sampai.. lepas tu kena ganti sampai beratus-ratus. Kau tulislah term yang macam mana pun.. tak laku deh.. Bisnes dah lah cukup-cukup makan, kena bayar lagi benda-benda ni.. kalau kena 5 kali, ha.. tak kau fobia? Lepas tu staff kata tak tahu, dia kata dia.. org yg buat dry clean pun tak ngaku.. last last akaaaak jugak ler.. Org yg buat dry clean tu nak bayar papa rm60 jer.. itupun x bayar2 smpi hari ini. Kau nak kata aper..?

Yang pasti mama terkedu ler sekejap.. tapi mama cuba optimis.. mama fikir kalau mama jadi dia itu, maybe mama pun macam dia itu juga.. tapi mungkin tidak sekejam itu rasanya.. hmmm..entahlah.. :(

Bisnes di bulan puasa

Kalau tahun2 sebelum ini, mama & papa buka laundry sampai pukul 6 then lepas berbuka start balik sampai pukul 11pm. kekadang lajak jugak sampai pukul 12am.. tapi tahun ini papa nak tutup pukul 5pm shj coz kamek kamek berniaga di bazar ramadhan taman cempaka. Oleh sebab mama tak pernah tengok lagi dalam dunia ini (sebab nama bazar ramadan tu dalam malaysia je ada.. so boleh lah declare dalam dunia dak..? mcm big bos mama selalu sebut..) ha.. sambung.. mama x pernah tengok bazar ramadhan yang lebih besar dari bazar ramadhan taman cempaka itu, maka mama declare bazar ramadhan inilah yang terbesar di dunia lah.. Mama rasa saiznya 2 kali ganda Uptown Danau Kota lah.. kalau mama tak berniaga kat sini, memang mama tak jejakkan kaki mama kat sini. Punya lah jam, bayangkan jalan besar 4 lane tinggal 1 lane je sebab telah diparkir oleh pengunjung. Area rumah Taman Cempaka, Taman Peringgit Jaya, Tesco, Melaka Central punya parking x usah cerita.. ish ish ish.. macam dapat barang free..

Tapi mama berborak-borak dengan peniaga2 seangkatan mama, tahun ini macam sakit sikit arr.. org ramai, sampai nak berjalan pun.. aduhaiii.. tapi just window shopping.. isk mama tak faham lah.. sanggup diaorg ni kan berhimpit just for window shopping ajer.. So mama yang 1st timer ni lagi lah sakit.. nak dapat 100 sehari pun payah.. 2 first week.. sangap jer.. langsung x der sale. Nasib baik mama sewa yang lowcost punya... (handled by jkkk), kalau mama sewa yg very the expensive cost (sorry yer.. dah sedap ckp mcm tu..) yg handled by MBMB..ha.. ngap sayut lah mama.. raya mama termenung & tidur atas stock mama lah jawapnyer.. Bayangkan sewa nya (kedengaran dari mulut penyewa lar..) sewa tu tender.. so ada yang sampai 14k sewanya.. i repeat 14k.. ko bayangkan kalau sale tak seberapa. Dengar jugak kebanyakan peniaga adalah dari luar Melaka. Ada dari kelantan sewa sampai 12 tapak, can u imagine berapa total.. kaya diaorg ni kan..? Phewww...

Nanti mama upload pic2 dari bazar ramadhan yer..

Selamat, selamat,selamat

Hmm.. sebab mama dah lama tak berblog.. so tak sempat nak ucap selamat berpuasa, tapi masih bulan puasa apa.. so xpe lah.. selamat berpuasa... sekarang masih mode merdeka so selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua warga negara malaysia yang menyayangi negaranya sahaja & oleh kerana hari raya telah pun near the corner so selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua umat islam yang berpuasa sahaja yer..n kanak2 yang belum patut berpuasa.. kepada yang tidak berpuasa.. jangan ada hati nak beraya yer.. sungguh tidak malu..