Friday, April 05, 2013
Berhabuk! Bersawang!
Assalamualaikum...
Lamanya... eh salah!!! Terrrrsangat lah lamanya saya tidak mengarut kat sini. Tak tahu lah kenapa susah sangat bood tu nak datang. Lepas tu dengan kerja lagi, kesibukan hidup lagi... Alaaa bagilah 1000 alasan pun.. yg penting memang malas nak update pun.
Lagi satu tak tau nak citer apa pun.. hehe.. nantilah.. try cari mood n cari bahan nak citer k. Tungguuu!
Wednesday, July 18, 2012
LAMAN SOSIAL LAH SANGAT..
Dah malas nak habiskan ayat-ayat untuk tajuk ni..
Mode: no mood..
Monday, January 02, 2012
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Friday, October 28, 2011
Hmmm..
Tersangatlah bizinya sampai terbiar longlai dah mama punya blog.. Macam-macam benda yang terjadi sampai tak tahu nak update apa.. Boleh eh cakap macam tu..
Hmmm... benarnya banyak benda nak update tapi x tau dah mana satu kutip.. Nanti eh.. kita buat pelan-pelan.. (nanti lagi...Hik!)
Apapun.. Happy Deepavali!
Saturday, September 10, 2011
Selamba Badak
M I : Mana de!!
Tuesday, August 02, 2011
Super Duper Bizi
He he.. tajuk tak menahan..
maknanya dah lama lah tak hapdet ini blog larr... Memula sibuk training memanjang.. pastu ready nak Kastel (sukan tempat keja mokcik ler..), pastu training balik, pastu Convention pulak.. adehhh.. sian anak2 mama asyik kena tinggal je..mmmm..
Apapun.. mama nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa.. jangan melepek sangat hokay.. :)
Nanti sambung.. bila dah sebut super duper bizi makno eh keja opis pun melambak dek ditinggalkan sebulan...
Sunday, July 10, 2011
Phewwww.. Lega
Alhamdulillah..Lega akhirnya.. setelah marathon membuat assignment selama seminggu akhirnya hari ni siap jugak buat 2 assignment yang tajuknya satu tu nampak macam senang tapi susahnya cariks bahan.. yang satu nampak macam susah tajuknya tapi bahan merata-rata..
Assingment satu subjek Profesional Ethic, tajuk nya : Etika Kerja dan Tanggungjawab Sosial Organisasi.. pergh!! seminggu mama buat... tak cukup cukup patah perkataan, rasanya dah abis semua page mama dah pergi dah... memang sangat tiada idea.. Tajuk nampak senang bangat tapi mama buat tak sampai target 2500 patah perkataan.. boleh?
Assignment dua subjek International Business, tajuknya mengenai China, background, Environmental Scanning Analysis, Yuan Exchange Rate.. Perghh nampak tajuk... apa benda alah ni woiii.. tapi bila search google.. mak uii.. melambak data.. hmmm.. apalagi... buat executive summary jelah mokcik.. he he.. satu hari siap.. dengan 2683 patah perkataan.. percaya?
Tahu due date bila? Pukul 12am malam ni!! hua hua hua!!
Apapun.. assignment mama dah siap!.. Dah submit! Mid Term xdo.. Tinggal Final Exam je on August..yeehaaa!! Aaaa.. banyaklar ko punya yeeha cik puan adha oii.. CGPA bila nak repair? Makin lama makin merudum!
Moral of the story... JANGAN BUAT ASSIGMENT LAST MINUTE!!! tapi next sem buat lagiks... :)
Kepimpinan Beremosi
Semalam mama pergi training di TMTC Melaka (TM punya training college lar tu..). Subjek semalam adalah seperti kat atas tulah.
So, mama nak sharelah dengan follower mama yang seciput nih..
Semalam baru mama tahu.. adanya SQ.. Selama ini mama tahu IQ (Intelligent Quotient), mama dah belajar pasal EQ (Emotional Intelligent), BQ (ha.. yang ini pun kalau ikut trainer semalam Kecerdasan Fizikal Anggota, tapi dalam google kata Business Intelligent..nanti kita explore yang ini yer.. Semalam mama belajar pasal SQ iaitu Spiritual Intelligent.
SQ ini adalah hubungan kita (manusia dengan tuhan), kemampuan seseorang untuk memahami makna dan nilai tertinggi kehiduapan dan tujuan fundamental kehidupan.. ha... tengok mama cakap..Kemampuan ini mampu menjawab.. "siapa saya..." untuk apa saya dilahirkan.." "kemana saya mahu pergi.." wuiii...
Ringkasannya adalah begini..dengan bahasa paling senang nak faham..
Kalau IQ (hubungan antara diri sendiri dengan diri sendiri)>> pengukuran tahap kebolehan akal menganalisa data, menyesuaikan diri dengan suasana baru dan berfikir secara abstrak melalui ujian yang dibuat. Atau lagi senang apa sijil yang kita ada, kat mana kita belajar menunjukkan IQ kita lah tu..
EQ (hubungan kita dengan manusia) >> kemampuan memahami dan merasai apa yang dialami sendiri dan membaca emosi orang lain atau situasi sosial.. paling senang nak tengok EQ org tu.. tengok cara percakapan dan tutur kata, cara menghargai & menghormati orang, tahap empati, tahap hubungan sosial >> disukai orang atau tidak, cara menangani masalah dan banyak lagilah.. kalau nak tahu.. kena pergi training. Dulu mama pergi training pasal EQ ni je 3 hari, tu pun paling ringkas. Ada orang buat PHD pasal EQ je wuii..
SQ (hubungan kita dengan tuhan)>> bila kita faham yang kita ini hidup bukan sebab untuk makan sahaja.. tetapi ada mission yang perlu dijalankan.. (dengan tuhan lah kan..) baru kita akan sentiasa ikhlas membuat sesuatu pekerjaan.. eg: selain kita pergi kerja untuk mendapat gaji, untuk membesarkan anak, tanggung family.. kita juga membuat ibadah, membuat kebajikan kepada orang ramai, memberi peluang kepada orang lain membuat ibadah, mampu memberi kehidupan kepada orang lain... wah wah wah.. betul ke ko ni mama?
Tapi memang semalam sampai menitik airmata lah dengar trainer ni bercakap..
Apa yang mama dapat ambil semalam...
1. Apabila manusia itu mempunyai IQ, EQ dan SQ maka ia akan menjadi INSAN YANG KAMIL dengan itu baru kita tahu.. kita adalah hamba kepada tuhan yang mencipta kita, kita dilahirkan untuk berkhidmat dengan Pencipta kita, dan kita akan menuju kepada Pencipta kita suatu hari nanti...
2. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang berpengaruh bukan yang berkuasa. Kalau IQ tinggi sebab belajar sampai ntah mana menara gading atau over the sea pun kalau takde EQ & SQ.. ibarat tiada nilai..
3. Hebat sangat kah kita di BIMA SAKTI ini? Sedangkan BUMI yang mempunyai billion-billion makhluk pun sangat kecil di dalam galaksi ini inikan kita..
4. "Mampukah aku tidur tanpa bersyukur kepada MU.. Ya Allah..."
Wuii... naik level kesedaran semalam.. Sampai bilakah ianya akan bertahan? Wallahuaklam...
Tenkiu & credit to our trainer semalam..
Lagi satu.. kalau tak betul apa mama cakap ni.. harap maaf yer.. refer lah jugak lah page lain... :)
Monday, July 04, 2011
My New Toy
Hmmm Mama beli Sony DSLR kamera.. Secomd hand nyer ajer.. Yang benornya mama beli untuk anak mama dak Akem.. tapi mama pun me 'munya' kan jugak larr.. dah benda mama pun suka.. ingat dulu ayah mama pun ada kamera SLR ni.. mama rasa ayah mama punya Olympus rasanya.. Ayah mama pun pernah ajar mama macam mana nak fokus.. n bla bla.. doluuu masa mama ntah darjah 1 ke 2 ntah..
Dolu-dolu mana ada DSLR, semua main filem.. memang salute lah sape terror amik pic guna SLR filem nih.. xde le nak edit guna photoshop ke, nak check pic lepas amik pic ke.. apa yang di set..itulah yang di printkan..
Sekarang ni Akem pulak merengek nak beli.. berbulan mama simpan duit nak beli.. mula2 nak carik Nikon D3100 ke.. tapi mengenangkan untuk 'memain' je kononnya.. mama pun minat kat sony.. (dek adik ipar mama yang dolu kerja dgn sony.." pastu uncle Ricky ni cakap macam best je Sony.. so tangkap lah sony for Akem.. Thousand of promises yang mama suh Akem buat.. kononnya..
Mama siap book basic class untuk Akem.. tapi last last mama yang kena pergi sebab anak bujang mama ni punya lah pemalu ya amat..
Sunday, July 03, 2011
sudah berakhir ke?
Assalamualaikum..
lama sudah tidak update ini mama punya blog kan.. sebab mama sedang susah hati dengan mama punya business yang makin lama makin merudum.. dah habis daya mama mencuba dari pelbagai segi dan sudut.. nampaknya tidak berhasil.. memandang telah beberapa bulan berniaga dalam kerugian.. akhirnya mama terpaksa membuat decision untuk menutup kedai mama tak tahu tutup terus or tutup sementara.... sob! sob!.. sedih giler oii..
so pada 30 June 2011... 7G Laundry Station di tutup dengan rasminya di Taman Bachang Utama... tinggallah kawan-kawan n jiran-jiran ku yer.. sob! sob!
kesilapan mama RASA NYA LAH KAN... adalah bermula dengan membuat kerja-kerja mendobi pakaian warga emas di Rumah Seri Kenangan.. taknak cerita lebih lanjutlah.. tapi selepas itulah startnya customer mama berkurangan.. RASANYA LAH KAN.. kalau salah harap dimaafkan..
sedih!! sedih!! sedih!!!!
TAPI!!! azam mama!! untuk terus berusaha mencari tempat baru yang sewanya reasonable utk mama..
ada satu tempat yang mama berkenan tapi terlalu lah amat mahal... rumah ajer tu.. mmm...xpelah.. rilex dulu.. pelan pelan buat action plan balik.. settlekan dak abang masuk politeknik dulu.. kalau tak sempat lepaskan raya dulu.. lepas tu kita start carik balik.. mesti ! mesti ! mesti!
Sunday, March 20, 2011
Kejap Kejap Tutup Jalan!!!!
Kekadang terfikir juga.. sebab balik balik orang yang sama yang buat kenduri tutup jalan.. ada berapa orang anak agaknya orang ni kan.. kejap2 tunang kahwin tunang kahwin, satu tahun x tau berapa kali, open house raya lain, kenduri biasa lain, semua nak dirikan khemah and pastinya jalan pun ditutup. Oleh kerana rumah kami ni terpaksa melalui depan rumah orang yang tutup jalan tu... so makanya.. lebih kurang 100 rumah tak payah balik rumah.. or terpaksa parking kereta jauh-jauh & menapak balik rumah? Adil?
Boleh terjangkau ke akal u olls.. satu perumahan taman tiada jalan masuk alternative selain jalan masuk taman satu lagi? Macamana boleh lulus CF tu agaknya kan? Kot lah nak jadi tragedi masa tengah tutup jalan tu.. ambulan ke, bomba ke nak masuk... macamana lah rupanya kan?
Nak tahu kitaorang pernah buat piket siap panggil orang TV3 lagi datang tengok masa piket suatu masa dulu. Masa tu kelam kabut YB tempat tu sebab taknak ada isu. Masa tu pujuk bukan main. Lepastu? Hmmm.. hamput..
Signboard tutup jalan.. yang mana pagi ni nak tutup, pagi ni jugak baru letak..*haishh!!*
Dulu masa nak pilihanraya.. kempen, janji berdentam berdentum... dah dpt jadi YB.. sampai lar ni takde nampak bayang.. janji tinggal janji...
Ntah sampai bila lah nak settle.. sampai rasa nak pindah pun ada.. isshhh pakkal ler.. (hah kuar bahasa org Melaka... he he...)
Monday, February 14, 2011
Tahukah anda? Perbezaan Washer Upload vs Washer Front Load...
Hari ini mood mama nak bercerita pasal washer a.k.a mesin basuh. Mesti korang tak tahu or tak berapa nak kisah pasal washer kan? Bila terfikir atau perlu nak beli washer sebab washer lama rosak atau sebab masuk rumah baru... tak tahu le pulak mama kalau ada orang beli washer sebab bowink dengan washer lama... adake? He he.. hentam jelah labu..
Ha kalau korang terfikir je nak beli washer, ingat lah cerita mama ni ok...
Selalunya mama tengok orang akan beli washer front load or mesin basuh pintu atas.. sebab murah, memang selalunya orang akan beli washer pintu atas kan.. jarang tengok orang beli washer pintu depan... 1 of the reason.. mahal lah kan.. ok mama bagitahu ea...
haaa... dah nampak dah idea? Apa apa pun.. tepuk dada tanya selera dan poket tuan/puan yerr... Mama bukan bercerita kosong tetapi bahan2 adalah dari tips supplier equipment mama & bahan bacaan mama.. (terima kasih kepada penyumbang2 k..)
Sunday, February 13, 2011
PLKN lagi...
Dak Abang last paper SPM 23122010, before that dia dah check siap siap dia dapat masuk PLKN ke idak, sebab ibu dia sibuk suh check kejap-kejap. & dia dapat masuk untuk first batch 02012011. Baru seminggu abis paper dah kena masuk dock balik.
Bagus, mama bersyukur sangat sebab xde lah dia dapat melepak lama tak tentu arah. Mama yang suka sangat dia dapat masuk PLKN first batch plak tuh.. sebab? mama dia yang nak sangat tapi sebab dah expired so.. dapat masuk kem dia pun jadik lah.... he he..
Ni pic dak abang semasa registration.. kat entry sebelum ni pun ada pic dia masa kat PLKN..
surat pendaftaran:
kena buat medical check segala bagai..
Takmo citer lagi...
Tuesday, February 08, 2011
TENDER PLKN!!
Dah balik rumah
Hmmm... oh boleh guna borang online di eperolehan, start 14012011, tutup 14022011...ok. Lambat lagi.. ni baru berapa hari bulan.. lagi 2 minggu keluar borang. Start cari harga, survey-survey & studi studi.... John menyumbangkan sample harga juga...
Delay-delay, lengah-lengah, lenggang mak limah, bizi kerja, sibuk ke hulu ke hilir...
Alamak, belum tengok langsung eperolehan lagi ni pada malam 04022011...
Ya Allah papa!!! Tutup hari isnin pukul 12pm 07022011!!!! Borang belum ada. Ni dah hari Jumaat 04022011 cuti raya cina!!! Check online, aduh... borang online hanya untuk tender gunting rambut PLKN... Uwaaaaaa...!!!
Macamana ni papa? Cal orang ni cal orang tu...
Last mama kata: Takpelah papa... papa nak sangat... nak... nak sikit?
Papa : Nak sangat cuba, sebab ini first time nak try dapat projek sendiri, tender ni 3 tahun sekali, nak sangat...
Mama: Ok, kalau macam tu subuh subuh kita pergi KL, ambil borang, isi & submit terus.
Papa: Habis, anak sekolah ni sape nak hantar? Barang Rumah Kenangan lagi ni karang...?
Mama: Ok, takpe.. Biar mama yang pergi... Papa readykan dokumen.
Papa: Sempat ke ni?
Mama: Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Redah jer!!!
Mama: Kin, leh teman?
Kin: Aku training da..
Mama: Wokeh, no hal.
Mama: Adah, jom!! Makan tanggung!!
Adah: worait!!
Pagi subuh isnin 07022011 yang hening, zoooommm!!! Mama memecut M** 2717 ke Bangunan Zetro, Wangsa Maju. bertemankan dak Adah selepas mintak kebenaran dari dak Arab...pinjam bini hang kejap.
8am sampai di Wangsa Maju...alamak... mana nak cariks Bangunan Zetro... test Garmin yang Amin install di hp ku kelmarin... Cettt!!! Apa da.. dari semalam, carik hapa pun tak jumpa.. mama tak reti guna ke benda alah ni yang ntah hapa hapa.
Mama: Adah, kita kena cariks pejabat pos dulu nak beli Wang Pos.
Adah: k, jap roger member2.... kat dalam Carrefour.
Mama: Ha'ah, Garmin ni pun kata... (atlast tu je yang Garmin tu dapat carik..)
Sampai depan Carrefour, "alamak... Adah.. bukak pukul 10am... adehhhhh..., carik bank je lah...kita sarapan dulu sementara bank bukak.."
Sat tu.. kami adalah pelanggan pertama yang masuk maybank itu.. Moment of truth di Maybank itu... apasal ler kaunter reception tu tak bagi borang tadi.. tak pasal2 kena isi borang kat kaunter dan dah delay 30min sebab tunggu cust lain sudah dulu, isi borang & tunggu nombor panggil.
"Alamak Adah.. patut masuk jalan tadi. Dah terlepas... aduh.. mana nak pusing ni... punya lah jauh pusing, satu bukit!!! Dah abis 30min.
Sampai kat kaunter PLKN, Bangunan Zetro..
Mama: Encik.. nak beli borang Tender Dobi PLKN Asahan, Melaka.
Kaunter: Haaaa? nak beli.. puan, lagi 2 jam dah nak tutup, puan baru nak beli? Sempat ke? Jap saya refer supervisor.
SP: Betul ke puan baru nak beli? Kenapa? Lagi 2 jam dah nak tutup ni. Dokumen semua ada?
Mama: Yer... tut... tut... tut... (takleh nak type kat sini sebab... alasan tu tidak boleh disiarkan... He he.. mengarut sungguh).... sempat encik, dokumen semua dah siap, cuma nak isi borang ajer.
SP: Ok, staff X... bawa puan ni beli borang, beri dia guna bilik discussion untuk isi borang tender ni kat atas.
Mama: Ok terima kasih tuan.. Jasamu dikenang...
Then...
Mama: Alamak Adah, tebalnya borang... pengsan mama nak tulis ni. Nak bagi dua pun org ni dah staplekan ha...takpe... redah jer!!!!
Mama mengisi, baca syarat n ntah apa2 kat dalam tu dengan lajunya.. yang mana penting ambik gambar jer.. he he.. Sambil tu memuji betapa baik, bagus, effesiennya staff kat sini.. Siap pesan kat mama, jangan terlepas pukul 12pm, ada tinggal 1jam lebih je ni... n pesan.. "Puan, 11.40 mesti turun sebab lift tu sangat lambat.. takut tak sempat" Ha???... Ok dik..
Adah tolong kira kira kira... mak uiii.. apasal figure dia panjang benar ni.. "betul ke Adah? betul ke aku koma ni?" "Betul lah tu.. dah berapa kali kira ni..."
Mama : Apasal yang ni payah benar nak isi yang ni Adah.... macam seksa je aku nak tulis ni.. Cuba kau baca Adah.
Adah: Memang ler kakak oiiii!!! Tu sample Bank Guarantee, memang ler kau tak tahu nak isi!!!
Mama: Cett!!!!!!! (sampai rasa nak tergolek bawah kusi pun ada...)
Dan ada satu lagi perkara yang buat aku rasa nak hantuk je kepala aku kat meja tu.. Tak boleh nak cerita atas sebab2 perkhidmatan... he he...
Tepat jam 11.10am, uik? dah siap? cepatnya mama tulis?
Adah: Mana tak cepat.. tulisan sikit punya buruk!!! Pastu banyak sample tu, sample ni rupanya.. patut ler tebal...
Mama: Alhamdulillah... Dah kau isi envelope ni.
Dah siap!! Dah sesat kat lorong2, pintu2!! Dah turun lift!! Sampai bawah pukul 11.30am
"Dah siap Puan? Ok, masuk kat bilik tu ada kotak, n masukkan"
Kat dalam tu ada lagi usherer..(mama rasa usherer dari luar ke dalam dekat 5 orang).
"Puan, nak masuk tender mana? Asahan? Ha... kotak yang ni... baca Bismillah banyak2."
Mama: Adah, kau rasa berapa banyak envelope dalam tu? (sebab kotak dia transparent)
Adah: 20-30 ada..
Mama: Perghhh... boleh ke ni? Alar.. try aje.. atleast dapat pengalaman mengisi borang tender dengan cepat sangat!!! Papa, dah settle... Doa lah banyak2 yer...
Then.. kami ber IKEA!!!! Yeehaaa!!!
Balik rumah, call mak... "Mak, doakan anak mak ni yer..."
Monday, February 07, 2011
Tada..!!! Renovation dah siap!!!
He.. he.. tajuk sikit punya gempak..
Setelah 'under construction' punya lah lama.. finally my blog have a new look!!! Do you like it?? I like... Ni kalau buat sebiji rumah pun dah siap.
Terima kasih atas bimbingan adik ku... hasil bacaan tutorial orang ni sket, org ni sket.. jadi juga setelah sebulan cuba membuat tak jadi.. Alar.. mama ni pun bukan nya terror bab bab macam ni.. hmmm.. kira oklah tu.. sok dah bowing kita tukar lagi eh.. Layannnnnn...
Sunday, January 02, 2011
Uik?? Nama Sama?
He he.. kelakar ler pulak tajuk ni. Tapi x pe lah.. Boleh ajer..
Kan last post mama bgtahu mama nak tukar nama blog mama kan.. Mama pun decide nak letak nama myadha.com... dah edit profile canteq punyerr.. then mama pun try ler google search type myadha, sekali tahu keluar apa..? Mamat ni punya blog. Uishh.. nama sama da.. dah lah nama sama.. nama blog pun sama.. memula bengang juga dengan Encik Adha ni.. tapi bila mengenangkan dia dah lama berbelog & leh tahan famous gak dia ni sebab tengok follower dia.. mak aih.. ngap sayut mama. Pastu tengok kat nama blog siap ada tm (trademark) lagi.. so mama accept lah kan.. kot kang betul dia registered baru naya mama kena sue..
Mama ingat jugak berapa tahun lepas mama ada jumpa nama dia ni jugak.. mama de email kat dia cakap nama kita sama.. dia ada gak respon.. bersopan orangnya.. Belog nya pun memang banyak informasi yang bagus dan berguna.. Keep it Up Bro!!
Last last mama pun jadi follower dia lar..
So mama pun tukar lah nama belog mama...jadi...
Xpe lar Encik Adha.. kita share ok.. sebab nama kita dah sama nak buat macam mana.. Encik Adha dapat nama belog.. mama dapat jugak user id email nama myadha@..
(draft ni mama dah buat dah lama sangat dah.. tapi baru hari ini sempat nak publish..hu hu..)Friday, December 31, 2010
Ha.. mama dlm proses menstruktur semula belog mama ni.. nak kasi menarik sikit lar kononnya.. supaya tak boring.. mama pun boring tengok blog mama inikan org lain nak membaca nyer ye dak?
so nantikan... zassss!!!!
Thursday, December 23, 2010
Kehabisan Idea
Hmmm.. peduli lah kan.. mama punya blog, ikut suka mama lah kan..
Ok, kita tak yah tukar nama blog kita tukar nama header je.. amacam?
Kita cuba nama ni tengok.. ada chemistry tak...? ZASSSSS!!!!! :)
Monday, December 20, 2010
Cett!!!!
Friday, September 03, 2010
Sad, frust, grrrr version 2
So setelah lebih sebulan mencari, tuan punya baju pun teramat marahnya..sebab baju tu baju tunang dia dan meminta papa mengganti.. papa minta tunjuk resit.. then papa telah mengganti sebanyak rm200 (lebih separuh apa..) sebab dia tunjuk resit RM370 (tak tahulah betul ke idak), walaupun duit dry clean tu belum dia bayar lagi n kat kedai mama ada tulis kalau hilang or rosak kamek akan ganti 10x harga yang dicaj sahaja.. yang pasti amaun yang dibayar adalah melebihi dari 10x itu... hmmm..
Tuan punya baju itu tidak puas hati dan telah membuat aduan tribunal.. dan 24hb itu adalah hearing nya.. cakap punya cakap punya cakap.. last last hakim kata tambah lagi rm100.. papa malas nak argue lagi.. papa pun setuju.. walaupun papa kata baju tu hendak disewakan.. (sebab dia ni kata pada staff mama masa marah2 hari tu, siap cakap dah rugi RM150 setiap kali sewa), dan kalau ikutkan tribunal pengguna tidak akan melayan tukang dakwa yang berniaga tapi sebab dia itu tidak mengaku dan papa pun malas nak berckp-ckp lagi, tengah puasa plak tu n dah nama pun tribunal pengguna, mcmana pun pengguna lah yang akan menangkan.. so setujulah bayar.. itupun dia itu tidak puashati sbb nak suruh bayar full.
Apa mama rasa? Mama rasa tak mahu lagi ambil dryclean lagi.. sebab dah lah marginnya sangat rendah.. kekadang lima henggit pun x sampai.. lepas tu kena ganti sampai beratus-ratus. Kau tulislah term yang macam mana pun.. tak laku deh.. Bisnes dah lah cukup-cukup makan, kena bayar lagi benda-benda ni.. kalau kena 5 kali, ha.. tak kau fobia? Lepas tu staff kata tak tahu, dia kata dia.. org yg buat dry clean pun tak ngaku.. last last akaaaak jugak ler.. Org yg buat dry clean tu nak bayar papa rm60 jer.. itupun x bayar2 smpi hari ini. Kau nak kata aper..?
Yang pasti mama terkedu ler sekejap.. tapi mama cuba optimis.. mama fikir kalau mama jadi dia itu, maybe mama pun macam dia itu juga.. tapi mungkin tidak sekejam itu rasanya.. hmmm..entahlah.. :(