Friday, September 03, 2010

Sad, frust, grrrr version 2

Ok, hari tu mama janji nak bgtau lepas 24 August kan amenda n knp mama meluahkan perasaan mama hari tu kan.. begini ceritanya.. once upon a time, ada sorang customer mama ni telah menghantar baju untuk dry clean ke kedai mama, nak jadi cerita baju tersebut telah hilang ghaib entah ke mana.. org yg buat dry clean mama (mama x buat sendiri, tak mampu nak beli mesinnya..) pun kata x terima baju budak ni.. staf-staf mama semua tak mengaku.. mama pun suspect ex staff mama yang resign just after the baju hilang.. n before that, she act macam serba tak kena.. tp dah dia x ngaku nak buat mcm mana. Nak potong gaji diarg tak sampai hati pulak..(cuba kau keja dgn ****, ha.. tengok mcmn ko dipicitnya..).

So setelah lebih sebulan mencari, tuan punya baju pun teramat marahnya..sebab baju tu baju tunang dia dan meminta papa mengganti.. papa minta tunjuk resit.. then papa telah mengganti sebanyak rm200 (lebih separuh apa..) sebab dia tunjuk resit RM370 (tak tahulah betul ke idak), walaupun duit dry clean tu belum dia bayar lagi n kat kedai mama ada tulis kalau hilang or rosak kamek akan ganti 10x harga yang dicaj sahaja.. yang pasti amaun yang dibayar adalah melebihi dari 10x itu... hmmm..

Tuan punya baju itu tidak puas hati dan telah membuat aduan tribunal.. dan 24hb itu adalah hearing nya.. cakap punya cakap punya cakap.. last last hakim kata tambah lagi rm100.. papa malas nak argue lagi.. papa pun setuju.. walaupun papa kata baju tu hendak disewakan.. (sebab dia ni kata pada staff mama masa marah2 hari tu, siap cakap dah rugi RM150 setiap kali sewa), dan kalau ikutkan tribunal pengguna tidak akan melayan tukang dakwa yang berniaga tapi sebab dia itu tidak mengaku dan papa pun malas nak berckp-ckp lagi, tengah puasa plak tu n dah nama pun tribunal pengguna, mcmana pun pengguna lah yang akan menangkan.. so setujulah bayar.. itupun dia itu tidak puashati sbb nak suruh bayar full.

Apa mama rasa? Mama rasa tak mahu lagi ambil dryclean lagi.. sebab dah lah marginnya sangat rendah.. kekadang lima henggit pun x sampai.. lepas tu kena ganti sampai beratus-ratus. Kau tulislah term yang macam mana pun.. tak laku deh.. Bisnes dah lah cukup-cukup makan, kena bayar lagi benda-benda ni.. kalau kena 5 kali, ha.. tak kau fobia? Lepas tu staff kata tak tahu, dia kata dia.. org yg buat dry clean pun tak ngaku.. last last akaaaak jugak ler.. Org yg buat dry clean tu nak bayar papa rm60 jer.. itupun x bayar2 smpi hari ini. Kau nak kata aper..?

Yang pasti mama terkedu ler sekejap.. tapi mama cuba optimis.. mama fikir kalau mama jadi dia itu, maybe mama pun macam dia itu juga.. tapi mungkin tidak sekejam itu rasanya.. hmmm..entahlah.. :(

No comments:

Post a Comment