Sunday, July 10, 2011

Phewwww.. Lega




Alhamdulillah..Lega akhirnya.. setelah marathon membuat assignment selama seminggu akhirnya hari ni siap jugak buat 2 assignment yang tajuknya satu tu nampak macam senang tapi susahnya cariks bahan.. yang satu nampak macam susah tajuknya tapi bahan merata-rata..




Assingment satu subjek Profesional Ethic, tajuk nya : Etika Kerja dan Tanggungjawab Sosial Organisasi.. pergh!! seminggu mama buat... tak cukup cukup patah perkataan, rasanya dah abis semua page mama dah pergi dah... memang sangat tiada idea.. Tajuk nampak senang bangat tapi mama buat tak sampai target 2500 patah perkataan.. boleh?




Assignment dua subjek International Business, tajuknya mengenai China, background, Environmental Scanning Analysis, Yuan Exchange Rate.. Perghh nampak tajuk... apa benda alah ni woiii.. tapi bila search google.. mak uii.. melambak data.. hmmm.. apalagi... buat executive summary jelah mokcik.. he he.. satu hari siap.. dengan 2683 patah perkataan.. percaya?



Tahu due date bila? Pukul 12am malam ni!! hua hua hua!!




Apapun.. assignment mama dah siap!.. Dah submit! Mid Term xdo.. Tinggal Final Exam je on August..yeehaaa!! Aaaa.. banyaklar ko punya yeeha cik puan adha oii.. CGPA bila nak repair? Makin lama makin merudum!




Moral of the story... JANGAN BUAT ASSIGMENT LAST MINUTE!!! tapi next sem buat lagiks... :)




Kepimpinan Beremosi

Chewah!! tajuk tak kalah... :)





Semalam mama pergi training di TMTC Melaka (TM punya training college lar tu..). Subjek semalam adalah seperti kat atas tulah.



So, mama nak sharelah dengan follower mama yang seciput nih..






Semalam baru mama tahu.. adanya SQ.. Selama ini mama tahu IQ (Intelligent Quotient), mama dah belajar pasal EQ (Emotional Intelligent), BQ (ha.. yang ini pun kalau ikut trainer semalam Kecerdasan Fizikal Anggota, tapi dalam google kata Business Intelligent..nanti kita explore yang ini yer.. Semalam mama belajar pasal SQ iaitu Spiritual Intelligent.

SQ ini adalah hubungan kita (manusia dengan tuhan), kemampuan seseorang untuk memahami makna dan nilai tertinggi kehiduapan dan tujuan fundamental kehidupan.. ha... tengok mama cakap..







Kemampuan ini mampu menjawab.. "siapa saya..." untuk apa saya dilahirkan.." "kemana saya mahu pergi.." wuiii...





Ringkasannya adalah begini..dengan bahasa paling senang nak faham..



Kalau IQ (hubungan antara diri sendiri dengan diri sendiri)>> pengukuran tahap kebolehan akal menganalisa data, menyesuaikan diri dengan suasana baru dan berfikir secara abstrak melalui ujian yang dibuat. Atau lagi senang apa sijil yang kita ada, kat mana kita belajar menunjukkan IQ kita lah tu..




EQ (hubungan kita dengan manusia) >> kemampuan memahami dan merasai apa yang dialami sendiri dan membaca emosi orang lain atau situasi sosial.. paling senang nak tengok EQ org tu.. tengok cara percakapan dan tutur kata, cara menghargai & menghormati orang, tahap empati, tahap hubungan sosial >> disukai orang atau tidak, cara menangani masalah dan banyak lagilah.. kalau nak tahu.. kena pergi training. Dulu mama pergi training pasal EQ ni je 3 hari, tu pun paling ringkas. Ada orang buat PHD pasal EQ je wuii..



SQ (hubungan kita dengan tuhan)>> bila kita faham yang kita ini hidup bukan sebab untuk makan sahaja.. tetapi ada mission yang perlu dijalankan.. (dengan tuhan lah kan..) baru kita akan sentiasa ikhlas membuat sesuatu pekerjaan.. eg: selain kita pergi kerja untuk mendapat gaji, untuk membesarkan anak, tanggung family.. kita juga membuat ibadah, membuat kebajikan kepada orang ramai, memberi peluang kepada orang lain membuat ibadah, mampu memberi kehidupan kepada orang lain... wah wah wah.. betul ke ko ni mama?



Tapi memang semalam sampai menitik airmata lah dengar trainer ni bercakap..



Apa yang mama dapat ambil semalam...




1. Apabila manusia itu mempunyai IQ, EQ dan SQ maka ia akan menjadi INSAN YANG KAMIL dengan itu baru kita tahu.. kita adalah hamba kepada tuhan yang mencipta kita, kita dilahirkan untuk berkhidmat dengan Pencipta kita, dan kita akan menuju kepada Pencipta kita suatu hari nanti...



2. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang berpengaruh bukan yang berkuasa. Kalau IQ tinggi sebab belajar sampai ntah mana menara gading atau over the sea pun kalau takde EQ & SQ.. ibarat tiada nilai..



3. Hebat sangat kah kita di BIMA SAKTI ini? Sedangkan BUMI yang mempunyai billion-billion makhluk pun sangat kecil di dalam galaksi ini inikan kita..



4. "Mampukah aku tidur tanpa bersyukur kepada MU.. Ya Allah..."




Wuii... naik level kesedaran semalam.. Sampai bilakah ianya akan bertahan? Wallahuaklam...



Tenkiu & credit to our trainer semalam..



Lagi satu.. kalau tak betul apa mama cakap ni.. harap maaf yer.. refer lah jugak lah page lain... :)


Monday, July 04, 2011

My New Toy

Ha... Mama nak beritahu... mama dapat / beli new toy... He he.. semacam jerk bunyi nya..
Hmmm Mama beli Sony DSLR kamera.. Secomd hand nyer ajer.. Yang benornya mama beli untuk anak mama dak Akem.. tapi mama pun me 'munya' kan jugak larr.. dah benda mama pun suka.. ingat dulu ayah mama pun ada kamera SLR ni.. mama rasa ayah mama punya Olympus rasanya.. Ayah mama pun pernah ajar mama macam mana nak fokus.. n bla bla.. doluuu masa mama ntah darjah 1 ke 2 ntah..

Dolu-dolu mana ada DSLR, semua main filem.. memang salute lah sape terror amik pic guna SLR filem nih.. xde le nak edit guna photoshop ke, nak check pic lepas amik pic ke.. apa yang di set..itulah yang di printkan..

Sekarang ni Akem pulak merengek nak beli.. berbulan mama simpan duit nak beli.. mula2 nak carik Nikon D3100 ke.. tapi mengenangkan untuk 'memain' je kononnya.. mama pun minat kat sony.. (dek adik ipar mama yang dolu kerja dgn sony.." pastu uncle Ricky ni cakap macam best je Sony.. so tangkap lah sony for Akem.. Thousand of promises yang mama suh Akem buat.. kononnya..

Mama siap book basic class untuk Akem.. tapi last last mama yang kena pergi sebab anak bujang mama ni punya lah pemalu ya amat..






tengah attend basic class.. berbaloi for beginners like me..






ha ini lah my new toys... kit lens (tiada dlm ini..), 200mm lense, 50mm lense & flash




Mula-mula beli set camera sahaja, pastu bila amik class.. join2 bebudak shoot model & wedding.. mcm best jer nih.. tangkap 200mm, 50mm & flash le pulok..



Ni kamera bebudak lain yang join the class..




Tunggu nanti mama upload pic-pic beginner mama.. kelako..




Sunday, July 03, 2011

sudah berakhir ke?






Assalamualaikum..


lama sudah tidak update ini mama punya blog kan.. sebab mama sedang susah hati dengan mama punya business yang makin lama makin merudum.. dah habis daya mama mencuba dari pelbagai segi dan sudut.. nampaknya tidak berhasil.. memandang telah beberapa bulan berniaga dalam kerugian.. akhirnya mama terpaksa membuat decision untuk menutup kedai mama tak tahu tutup terus or tutup sementara.... sob! sob!.. sedih giler oii..


so pada 30 June 2011... 7G Laundry Station di tutup dengan rasminya di Taman Bachang Utama... tinggallah kawan-kawan n jiran-jiran ku yer.. sob! sob!


kesilapan mama RASA NYA LAH KAN... adalah bermula dengan membuat kerja-kerja mendobi pakaian warga emas di Rumah Seri Kenangan.. taknak cerita lebih lanjutlah.. tapi selepas itulah startnya customer mama berkurangan.. RASANYA LAH KAN.. kalau salah harap dimaafkan..


sedih!! sedih!! sedih!!!!


TAPI!!! azam mama!! untuk terus berusaha mencari tempat baru yang sewanya reasonable utk mama..


ada satu tempat yang mama berkenan tapi terlalu lah amat mahal... rumah ajer tu.. mmm...xpelah.. rilex dulu.. pelan pelan buat action plan balik.. settlekan dak abang masuk politeknik dulu.. kalau tak sempat lepaskan raya dulu.. lepas tu kita start carik balik.. mesti ! mesti ! mesti!