Monday, February 14, 2011

Tahukah anda? Perbezaan Washer Upload vs Washer Front Load...

Assalamualaikum.. dan selamat malam...

Hari ini mood mama nak bercerita pasal washer a.k.a mesin basuh. Mesti korang tak tahu or tak berapa nak kisah pasal washer kan? Bila terfikir atau perlu nak beli washer sebab washer lama rosak atau sebab masuk rumah baru... tak tahu le pulak mama kalau ada orang beli washer sebab bowink dengan washer lama... adake? He he.. hentam jelah labu..

Ha kalau korang terfikir je nak beli washer, ingat lah cerita mama ni ok...

Selalunya mama tengok orang akan beli washer front load or mesin basuh pintu atas.. sebab murah, memang selalunya orang akan beli washer pintu atas kan.. jarang tengok orang beli washer pintu depan... 1 of the reason.. mahal lah kan.. ok mama bagitahu ea...




pic washer upload


pic washer frontload
UPLOADING :
1. murah sket lah kan.. i means.. very affordable..
2. selalu kat kedai mesti patern ni.
3. senang nak keluar masuk kan baju, berdiri aje
4. banyak guna air
5. boleh guna sabun apa sahaja.
6. cepat jahanamkan baju sebab pusingannya dan pemutarnya.
7. maintenance murah
FRONTLOADING :
1. mahal sket / mahal banyak
2. susah sikit nak keluar masuk baju, kena bongkok or duduk.
3. jimat air & letrik
4. sabun mesti untuk frontload sebab mesin ni tak boleh banyak buih, sebab buih akan terapung ke atas tub dan merosakkan bahan2 eletronic kat atas tu, kalau nak tahu sabun tu untuk front or up korang tengok kat plastik tu mesti ada gambo.. (ni pun mesti korang tak perasan kan.. main balun je beli ikut dalam iklan..)
5. baju lebih bersih & tahan lama
6. maintenance mahal sikit.
7.boleh guna air panas (tengok mesin dan jenis meter api di rumah)


haaa... dah nampak dah idea? Apa apa pun.. tepuk dada tanya selera dan poket tuan/puan yerr... Mama bukan bercerita kosong tetapi bahan2 adalah dari tips supplier equipment mama & bahan bacaan mama.. (terima kasih kepada penyumbang2 k..)
Eh? Bagaimana plak dengan mesin semi auto? Hmmm... pikior ler sendiri... he he...

No comments:

Post a Comment