Sunday, July 10, 2011

Kepimpinan Beremosi

Chewah!! tajuk tak kalah... :)





Semalam mama pergi training di TMTC Melaka (TM punya training college lar tu..). Subjek semalam adalah seperti kat atas tulah.



So, mama nak sharelah dengan follower mama yang seciput nih..






Semalam baru mama tahu.. adanya SQ.. Selama ini mama tahu IQ (Intelligent Quotient), mama dah belajar pasal EQ (Emotional Intelligent), BQ (ha.. yang ini pun kalau ikut trainer semalam Kecerdasan Fizikal Anggota, tapi dalam google kata Business Intelligent..nanti kita explore yang ini yer.. Semalam mama belajar pasal SQ iaitu Spiritual Intelligent.

SQ ini adalah hubungan kita (manusia dengan tuhan), kemampuan seseorang untuk memahami makna dan nilai tertinggi kehiduapan dan tujuan fundamental kehidupan.. ha... tengok mama cakap..







Kemampuan ini mampu menjawab.. "siapa saya..." untuk apa saya dilahirkan.." "kemana saya mahu pergi.." wuiii...





Ringkasannya adalah begini..dengan bahasa paling senang nak faham..



Kalau IQ (hubungan antara diri sendiri dengan diri sendiri)>> pengukuran tahap kebolehan akal menganalisa data, menyesuaikan diri dengan suasana baru dan berfikir secara abstrak melalui ujian yang dibuat. Atau lagi senang apa sijil yang kita ada, kat mana kita belajar menunjukkan IQ kita lah tu..




EQ (hubungan kita dengan manusia) >> kemampuan memahami dan merasai apa yang dialami sendiri dan membaca emosi orang lain atau situasi sosial.. paling senang nak tengok EQ org tu.. tengok cara percakapan dan tutur kata, cara menghargai & menghormati orang, tahap empati, tahap hubungan sosial >> disukai orang atau tidak, cara menangani masalah dan banyak lagilah.. kalau nak tahu.. kena pergi training. Dulu mama pergi training pasal EQ ni je 3 hari, tu pun paling ringkas. Ada orang buat PHD pasal EQ je wuii..



SQ (hubungan kita dengan tuhan)>> bila kita faham yang kita ini hidup bukan sebab untuk makan sahaja.. tetapi ada mission yang perlu dijalankan.. (dengan tuhan lah kan..) baru kita akan sentiasa ikhlas membuat sesuatu pekerjaan.. eg: selain kita pergi kerja untuk mendapat gaji, untuk membesarkan anak, tanggung family.. kita juga membuat ibadah, membuat kebajikan kepada orang ramai, memberi peluang kepada orang lain membuat ibadah, mampu memberi kehidupan kepada orang lain... wah wah wah.. betul ke ko ni mama?



Tapi memang semalam sampai menitik airmata lah dengar trainer ni bercakap..



Apa yang mama dapat ambil semalam...




1. Apabila manusia itu mempunyai IQ, EQ dan SQ maka ia akan menjadi INSAN YANG KAMIL dengan itu baru kita tahu.. kita adalah hamba kepada tuhan yang mencipta kita, kita dilahirkan untuk berkhidmat dengan Pencipta kita, dan kita akan menuju kepada Pencipta kita suatu hari nanti...



2. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang berpengaruh bukan yang berkuasa. Kalau IQ tinggi sebab belajar sampai ntah mana menara gading atau over the sea pun kalau takde EQ & SQ.. ibarat tiada nilai..



3. Hebat sangat kah kita di BIMA SAKTI ini? Sedangkan BUMI yang mempunyai billion-billion makhluk pun sangat kecil di dalam galaksi ini inikan kita..



4. "Mampukah aku tidur tanpa bersyukur kepada MU.. Ya Allah..."




Wuii... naik level kesedaran semalam.. Sampai bilakah ianya akan bertahan? Wallahuaklam...



Tenkiu & credit to our trainer semalam..



Lagi satu.. kalau tak betul apa mama cakap ni.. harap maaf yer.. refer lah jugak lah page lain... :)


No comments:

Post a Comment